Home Utama Parlimen Malaysia bukan forum untuk lantik perdana menteri – Mohamad Hasan

Parlimen Malaysia bukan forum untuk lantik perdana menteri – Mohamad Hasan

Datuk Seri Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR – “Telah tiba masanya kita menyerahkan kepada kearifan Yang di-Pertuan Agong seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan untuk memberikan jalan keluar dan melakukan yang terbaik untuk Malaysia.”

Itu harapan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang menyifatkan situasi politik negara semakin meruncing dan mesti segera diselesaikan.

“Penyelesaiannya mestilah selari dengan keluhuran Perlembagaan,” katanya dalam hantaran di laman Facebook.

Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau itu juga menegaskan bahawa Parlimen Malaysia bukan forum untuk melantik perdana menteri.

“Semua pihak harus menghormati kearifan YDPA dan tidak mendahului Tuanku dalam apa jua keadaan pun.

“Insyallah kebijaksanaan baginda akan kita jadikan pedoman dalam perkara ini,” katanya. – MalaysiaGazette