KUALA LUMPUR – Pengerusi Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan, Tan Sri Dr Rais Yatim seolah-olah ‘mengecam’ sidang khas Dewan Rakyat bagi menentukan Perdana Menteri yang baharu.
Katanya, kuasa sebenar terletak di tangan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan bukannya Dewan Rakyat.
“Kenapa ribut-ribut kononnya Dewan Rakyat akan tentukan siapa jadi Perdana Menteri pada 2 Mac ini?
“Kuasa melantik Perdana Menteri di tangan YDPA bukan di Dewan Rakyat. Patut Agong sudah buat keputusan hasil temuduga dua hari dengan Ahli Parlimen.
“Peguam Negara, tolonglah beri nasihat yang betul kepada YDPA. Di Dewan Rakyat cuma boleh undi percaya atau tidak percaya,” katanya dalam akaun Twitter.
Semalam, Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, YDPA tidak menemui mana-mana individu memperoleh majoriti yang jelas untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang baharu.
“Dan kerana tiada yang ada majoriti jelas, (Tuanku) kata ruang yang sesuai adalah Dewan Rakyat.
“Maka Parlimen akan bersidang pada 2 Mac…. siapa yang ada sokongan majoriti di Parlimen akan menjadi Perdana Menteri.
“Bagaimanapun jika Dewan Rakyat gagal mendapat seorang yang ada majoriti, kita perlu lalui pilihan raya,” kata Dr. Mahathir pada sidang media selepas membentang Pakej Rangsangan Ekonomi 2020.
Agong perkenan Dewan Rakyat tentukan Perdana Menteri ke-8 – Tun M
Dr. Mahathir berkata, YDPA telah mengadakan temubual dengan semua Ahli Parlimen, namun sesi temubual yang berjalan selama dua hari itu gagal menentukan sokongan majoriti kepada calon Perdana Menteri.
Bagaimanapun kenyataan Perdana Menteri Interim itu mendapat tentangan daripada Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang mengadakan mesyuarat tergempar malam tadi.
Kata mereka dalam satu kenyataan, tidak wajar Dr. Mahathir mendahului titah YDPA.
“Malah pengumuman Perdana Menteri Interim (sementara) memanggil sidang Parlimen untuk memilih Perdana Menteri adalah mencabar hak dan kuasa Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong,” kata mereka. –MalaysiaGazette
Ko nk suruh pguam ngra yg tak bolh pakai tu nasihat YPA, pguam ngra tu sndiri tak blh pakai n tak guna punya mnusia..mnusia tu tak blh pcya lngsung , pguam tggu msa nk kena tendang je tu..tggu dn lihat je..silak2 hri bln pguam ngra ke pjara sg buloh..pguam haram jadah tu..
Macam lah Rais Yatim ini bagus sangat dari Peguam Negara
Jangan marah-marah hal dunia ini. Ni kan hari Jumaat…banyakkan selawat atas Nabi Muhammad saw
YDPA & Raja2 sewajibnya benar2 faham dan alim berkenaan perlembagaan. Pewaris2 mereka juga wajib didedahkan! Setiap ayat dan bait2 didalam perlembagaan wajib ditafsir dengan tepat. Ini dapat menghindar dari diTIPU oleh mana2 pihak berkepentingan!
Jalan paling selamat adalah membubarkan parlimen!