Home Politik Untuk elak kerugian lebih buruk, lebih baik adakan PRU

Untuk elak kerugian lebih buruk, lebih baik adakan PRU

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Bagi mengelakkan negara mengalami kerugian lebih dahsyat yang akan mengawatkan ekonomi negara, adalah lebih baik mengembalikan mandat kepada rakyat.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki berkata, meskipun ada pihak mendakwa kos untuk mengadakan Pilihan Raya Umum mencecah RM500 juta hingga RM600 juta, tetapi dalam keadaan sekarang pun negara sudah mengalami kerugian lebih RM300 bilion.

Jumlah kerugian itu dialami sejak Kerajaan Pakatan Harapan memerintah.

Ia berlaku apabila pengeluaran dana besar-besaran dari Bursa Malaysia, sentimen tidak menentu dan tindakan pelabur luar yang mengambil sikap tunggu dan lihat.

Malah, negara mengalami kerugian tambahan sebanyak RM43 bilion lagi akibat krisis politik.

“…ketidakstabilan politik bakal menjadi igauan ngeri para pelabur, apatah lagi mereka menyaksikan dengan jelas perbalahan antara Mahathir dan Anwar sudah sampai kemuncaknya.

“Justeru jalan terbaik untuk mengelakkan kerugian lebih dahsyat yang akan menggawatkan lagi ekonomi negara, adalah diserahkan kembali mandat kepada rakyat agar diadakan Pilihan Raya Umum yang baru. Insya Allah,” tambahnya. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Orang berpolitik ini, sama sahaja, tak kira lain, kebanyakan nya hanya untuk kepentingan peribadi dan kepentingan kroni dan keluarga mareka…..

  2. Jalan keluar yang terbaik adalah bubar parlimen. Lebih lama krisis kepimpinan in berlarutan, ini akan menimbulkan keresahan di kalangan rakyat yang menginginkan sebuah negara yang berdaya maju dan progresif. May God save Malaysia.

  3. Mujahid legasi apa? Dividen TH terendah dalam sejarah dan penjualan aset2 dalam skala besar2an!

    Mat Sabu legasi apa? Dividen LTAT terendah dalam sejarah?

    Yang lain tanam pokok buluh, tanam nenas, rambutan, mengira ikan kembong, pencemaran chemical di P Gudang, kereta terbang, isu kos ECRL dan Pan Borneo yang terbelit2 etc etc terlalu banyak untuk ditulis, fikir lah sendiri!

Comments are closed.