Home Nasional Kawasan kediaman Dr. Mahathir tidak sesibuk seperti sebelum ini

Kawasan kediaman Dr. Mahathir tidak sesibuk seperti sebelum ini

KUALA LUMPUR – Tidak seperti kebiasaan selepas tercetus kemelut politik, pintu masuk ke kediaman Tun Dr. Mahathir pagi ini tidak sesibuk seperti sebelum ini.

Sejak beberapa hari lepas, kawasan The Mines Residency menjadi tumpuan pemimpin politik keluar masuk jika Perdana Interim itu  tidak ke pejabat.

Setiap pagi selepas melintas pengawal keselamatan, Dr. Mahathir tidak pernah lupa memandang mereka serta pengamal media yang berkumpul untuk mencuba nasib mendapatkan ulasan dari pemimpin berusia 94 tahun itu.

Pegawai cawangan khas dari Hulu Langat yang betugas di Pintu B The Mines Residency pada hari ini kelihatan berada dalam keadaan siap sedia untuk menerima arahan jika pemimpin negara itu mahu keluar.

Bagaimanapun beberapa pengamal media masih berkampung di situ bagi melaporkan perkembangan terkini. – MalaysiaGazette