KUALA LUMPUR – Pertemuan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat membawa perkembangan positif.
Malah Ahmad Zahid juga dilihat keluar dengan ukiran senyuman ketika diasak para pengamal media dan wartawan.
“Saya tidak mahu kata apa-apa. Misi saya berjaya dan sudah selesai,” katanya ringkas.
Ahmad Zahid berkata demikan selepas menjawab pertanyaan media mengenai pertemuan beliau dengan Muhyiddin, hari ini.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dilihat keluar jam 4.15 petang selepas mengadakan pertemuan selama 45 minit di kediaman Muhyiddin.
Pemimpin UMNO pagi tadi bersama Muhyiddin ke Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mempersembahkan nama beliau sebagai calon Perdana Menteri kelapan.
Turut mengiringi Muhyiddin, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.
Sepanjang hari ini, 18 Ahli Parlimen mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin di kediamannya. – MalaysiaGazette
Mestilah gembira – aku tolong kau, kau tolong akulah…
Bagus la umno pas bersatu dah bersama2… Itu bermakna melayu dh bersatu padu… Tinggal amanah ja yg masih ikut telunjuk dapsepet… Biar je la si tua atuk tu dgn game plan dia yg memakin diri sendiri… Tahniah umno pas bersatu =melayu dh celik pemikiran sedar akan permainan geng PH
Melayu Hadi dan melayu UMNO,di bakar oleh wei ka siong, Apakah maksd mimpi saya itu, penterjemah mimpi ada ke,