Home Politik Syed Saddiq tidak setuju kerjasama dengan pembangkang

Syed Saddiq tidak setuju kerjasama dengan pembangkang

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

KUALA LUMPUR – Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menolak untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang tercalit dengan gejala rasuah.

Malah, jauh sekali untuk mendirikan kerajaan bersama mereka.

“Saya ingin menegaskan satu perkara, saya sesekali tidak akan bekerjasama dengan perasuah, jauh sekali bersetuju mendirikan kerajaan bersama dengan mereka.

“Ini bukan soal parti dan majoriti tetapi soal identiti dan integriti,” katanya.

Penegasan itu dibuat oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman demi identiti dan integriti negara.

 

Bersatu calonkan Muhyiddin perdana menteri kelapan

Beliau mengakui pendiriannya itu tidak akan disenangi oleh segelintir ahli-ahli politik tetapi pemimpin negara datang dan pergi.

“Rakyat Malaysia adalah tuan sebenar di negara ini.

“Biar mati bermaruah, jangan hidup dijajah,” katanya menerusi akaun Twitter.

Beliau memberitahu, pembabitannya dalam politik selepas Malaysia dihina, dimalukan dan dicaci dengan kesalahan rasuah di mata dunia.

“Saya percaya rakyat Malaysia berhak mendapat negara yang lebih baik, bebas, dihormati dan bermaruah. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Kau dah bukan lagi menteri , kenapa nak meroyan disini. Tak suka belah lah masuk DAP. Buat apa publish kat sini . Tak ada apa apa pun orang ramai tengok. No karisma at all.

  2. Ko tak pyh nk bcakap lh soal ni , ko tu baru lg dlm politik..mmg bodoh lh ko ni…org mcn ni ibarat sperti tiada tuhan dn tidak pcaya kpd ketentuan tuhan..

  3. Tak suka rasuah tapi dok jilat jubur perasuah tegar yg juga bapak rasuah dn juga tua bangka yg masih gila kuasa dan juga bekas menteri kewayangan yg juga kaki rasuah…Dan ramai lagi perasuah dalm pakatan taik…Jadi mana integriti kau si BUDAK TIN KOSONG???

Comments are closed.