TERKINI : Tun M Lambai Tangan! Enggan Jawab Soalan Media

Perdana Menteri Interim Tun Dr. Mahathir Mohamad mengunci mulut dan tidak mengendahkan soalan para wartawan yang menantikan beliau di luar dewan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, dekat sini.

Beliau hanya memandang para wartawan dan berlalu pergi tanpa sebarang reaksi seolah-olah tidak mendengar soalan yang diajukan kepada beliau.

Semalam Tun Dr. Mahathir menghantar permohonan supaya Yang di-Pertuan Agong membuat pemilihan Perdana Menteri menerusi Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, perkara sebaliknya berlaku apabila Yang di-Pertuan Agong melalui satu kenyataan memaklumkan baginda berkenan dengan keputusan Speaker Dewan Rakyat yang tidak memanggil sesi khas Parlimen pada 2 Mac ini.