Home Politik Warisan konsisten sokong Tun M

Warisan konsisten sokong Tun M

KUALA LUMPUR – Parti Warisan Sabah tetap dengan pendirian sebelum ini untuk menyokong Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Setiausaha Agung Warisan, Datuk Loretto Padua berkata, selepas mengadakan mesyuarat dengan pimpinan tertinggi parti, Warisan tetap dengan pendirian mereka seperti sebelum ini.

“Parti Warisan Sabah konsisten dengan pendirian sebelum ini iaitu menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ketika ramai pemimpin, malah parti politik berubah-ubah pendirian dalam menyatakan sokongan masing-masing, parti terbesar dari negeri bawah bayu ini tetap teguh berdiri di belakang Dr. Mahathir. – MalaysiaGazette