Home Politik Ahli politik kerajaan perlu adil kepada rakyat

Ahli politik kerajaan perlu adil kepada rakyat

Shahir Adnan

KUALA LUMPUR – Ahli-ahli politik terutama dipihak kerajaan diminta agar sentiasa berlaku adil kepada rakyat yang telah memberikan kepercayaan kepada mereka untuk mentadbir negara ini.

Malah, mereka juga perlu memberikan fokus kepada pembinaan negara dengan mengenepikan politik picisan demi negara tercinta, kata Ketua Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM), Shahir Adnan.

“Dewan Pemuda Ikatan Malaysia menyeru ahli-ahli politik di Malaysia untuk bersikap adil kepada rakyat.

“Bersama-sama fokuskan kepada pembinaan negara kita. Politik picisan harus diketepikan demi rakyat dan negara tercinta,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Shahir mengucapkan tahnia kepada Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah dilantik oleh Yang diPertuan Agong sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelapan.

Beliau berharap Muhyiddin dapat menjadi seorang pemimpin yang mampu mengemudi negara keluar daripada kemelut politik dan kegawatan ekonomi semasa.

Ujarnya, DPIM turut memberi penghargaan kepada pengamal media yang telah bertungkus lumus melapor perkembangan kemelut politik negara yang berlaku sejak seminggu yang lalu.

“Panas terik dan lelah penat mereka adalah pengorbanan besar buat negara,” ujarnya. – MalaysiaGazette