(Reuters) – Ahli politik Washington yang berusia 50-an menjadi korban pertama wabak Covid-19 di Amerika Syarikat, kata pegawai kanan kesihatan pada Sabtu.
Dengan itu pentadbiran Trump meningkatkan usaha untuk memerangi penularan wabak global ini.
Pesakit yang memang telah sedia menghidap penyakit kronik sebelum dijangkiti Covid-19, meninggal dunia di Evergreen Hospital di Kirkland, berhampiran Seattle.
Bagaimanapun, menurut Ketua Unit Penyakit Berjangkit, Jabatan Kesihatan Washington, Jeffrey Duchin bagaimana pesakit tersebut boleh dijangkiti virus berkenaan, masih belum diketahui.
Negeri itu telah merekodkan dua lagi kes “presumptif” di fasiliti penjagaan jangka panjang di Kirkland di mana lebih daripada 50 penduduk dan kakitangan telah menunjukkan simptom.
“Pada masa ini kita tidak mendapati ada penyebaran wabak dalam komuniti secara lokal.
“Kita ada transmisi yang mempunyai kaitan dengan wabak ini di fasiliti penjagaan jangka panjang,” katanya.
Dua kes di pusat penjagaan di Kirkland itu melibatkan seorang kakitangan kesihatan berusia 40 tahun yang ketika ini berada dalam keadaan yang memuaskan manakala seorang pesakit wanita berusia 70-an pula mempunyai tahap kesihatan yang serius.-Agensi