Home Politik Tolonglah Abang Jo – Khalid

Tolonglah Abang Jo – Khalid

Khalid Samad

KUALA LUMPUR – Menjelang beberapa jam sahaja lagi upacara mengangkat sumpah Perdana Menteri kelapan yang baharu, Khalid Samad menggunakan peluang saat-saat akhir merayu kepada Ketua Menteri Sarawak, Datuk Abang Johari Abang Openg.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara itu merayu kepada Ketua Menteri Sarawak supaya menggunakan kebijaksanaannya dan bukan sentimen dalam memberi sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, beliau tahu Abang Johari tidak suka kepada DAP tetapi dalam perkara berhubung pemilihan Perdana Menteri, DAP adalah betul.

“Jadi Abang Jo, saya merayu pada anda, tolong gunakan kebijaksanaan anda dan bukan sentimen anda. Saya tahu anda benci DAP tetapi dalam hal ini, mereka betul.

“Tolong jadi kuat untuk bersama-sama dengan pihak yang betul. Jadikan contoh untuk yang lain ikut. Malaysia dan dunia sedang melihat,” katanya menerusi Twitter.

GPS hanya bersahabat dengan Perikatan Nasional

 

Tambah Khalid lagi: “Abang Jo saya tidak mengenali anda secara peribadi tetapi anda mesti memiliki penilaian yang baik. Saya mahu bertanya pada anda, jika Mahyuddin boleh mengkhianati Tun M, pemimpin dan mentornya, bolehkah anda mempercayai beliau? Jika beliau boleh mengkhianati pengundi-pengundinya, adakah dia tidak mengkhianati anda? Bersama-sama beliau sudah cukup merosakkan”.

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu turut mempersoalkan bolehkah rakyat Malaysia menerima individu yang mengkhianati mereka dan juga pemimpin mereka sendiri.

“Maaf TS, tetapi ini bukan undi yang diberikan untuk anda. Untuk bersama-sama dengan penjahat untuk menggulingkan kerajaan yang sah.

“Anda hanya memalukan diri sendiri dan keluarga serta semua yang berdiri bersama anda,” ujarnya.

Tidak cukup dengan itu Khalid turut menyindir Datuk Seri Najib Razak.

“Najib pasti bahagia. Begitu juga gengnya. Akan terlepas dari terus didakwa sedangkan dari perbicaraan terbuka, amat jelas dan nyata, beliau penipu dan perompak. Maka Najib berdiri teguh bersama TSMY. Ada yang hairan?

“Pasti tidak. Birds of a feather..(individu yang memiliki sifat sama)? – MalaysiaGazette

17 Komen

  1. Kelakar lh ko ni puak2 ni tak blh pkai punya..terima je lh kyataan..mmg rakyat tak nk ko lh ph..sgup ko jual diri krna kuasa..mmg bodoh lh ko…

  2. Dalam keadaan sakarat pun masih memuja dap betul , woi nk bagitau lah dap itu bangsat .

  3. Dah la Khalid… Ko tu pejuang October fest… Brokar kampong baru… Penjual harta melayu Islam… Time for you to check your buttock 🙂

  4. Huiiihhh over over over ler PAN Kelid ni, rakyat sedar dah amat tahu sangat cinta hati dan bathin kamu hanyalah DAP bukan utk Mahathir.. Pelawalah anak beranak dan saudara mara anda dan bini anda bersama DAP serta berhentilah menghasut insan lain utk anda bawa ke lermbah hina jgn tarik orang lain.

  5. Ok la YB ,time to move on
    Rasa lega PH dah tumbang..rakyat yg mengundi PH pasti gembira ..Asyik ratib nama Najib..Najib..Najib
    Najib letak jawatan pun tak la kecoh.relax la YB. Tggu next PRU kalau ada yg nk undi YB…haha..bye..bye.

  6. Harap abg jo tak layan beruk yg sekor ni .. beruk ni jenis ego .. berlagak bagus .. skrg br tahu langit tu tinggi atau rendah .. apa hang khalid samad dah terkenching hancing ke takut kedudukkan hang sebagai menteri hilang … aku rasa baik org mcm hang yg ego dan berlagak ni pergi berambus je dr kabinet … hahaa rasakanlah berlagsk sangat …

  7. Atas kebijaksanaan Abg Jo lah dia tidak mahu menyertai blok PH yang banyak merosakan keharmonian dan sudut kenegaraan. Pemimpin PH gagal mengurus tadbir negara hingga ekonomi merundum teruk…patut khalid samad sendiri fikir, semua ini salah siapa…sudah terhantuk baru tergadah…sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidal berguna…kini…nasi sudah manjadi bubur.

  8. air limbahan org serawak tu lbh suci berbanding air kencing awak khalid…Meletakan prasangka yg melampau pd org lain entah betul atau tidak tak pasti lg…bodohhh….

  9. Sudah lah, jangan kau rayu…..kalau takde angin masakan pokok boleh bergoyang. Bergitulah dengan DAP, mesti ada sesuatu kenapa abg Jo tak suka juga.

  10. Hello Broker Khalid mana janji…
    – Nak bela lslam tp biar Kapir Harbi persenda lslam.
    – Nak tutup Kilang Arak sebaliknya bersetongkol penganjuran Okt Fest.
    – Nak bela Melayu tp jual penempatan Org Melayu Kg Baru.
    – Nak bela Peniaga Kecil tp halau mereka dari niaga dari tempat strategik Jln Tunku Abd Rahman.
    – Nak satupadukan rakyat tp Pakatan Harapan (PH) yg bertelagah hingga jadi Pakatan Hancur (PH)
    Sudah2 la Broker jgn terlalu jd Desprado Politik…

  11. Ko nampak tak… dulu usrah umh aku ko cerita PJ masa tu kianat bangsa tapi ko yang kianat bangsa sebenarnya….

  12. Sudah2 la tu..sekarang mmg terbukti..PH hanya layak jadi Parti pembangkang seumur hidup..so lepas ni jd lah pembangkang dan jgn jd pembangang sngt…bye² PH…

Comments are closed.