Home Nasional Polis siasat perhimpunan haram membabitkan Marina, Ambiga

Polis siasat perhimpunan haram membabitkan Marina, Ambiga

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador bercakap pada sidang media sambil diiringi Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang sempena kunjungan hormat Panglima Angkatan Tentera di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 02 MAC 2020

KUALA LUMPUR – Polis telah membuka kertas siasatan berhubung satu perhimpunan haram yang turut dihadiri oleh Datin Paduka Marina Mahathir dan Datuk S. Ambiga di Dataran Merdeka semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya mendapat maklumat berkaitan perhimpunan haram yang berlangsung tanpa kebenaran itu melibatkan kehadiran kedua-dua aktiviis sosial tersebut.

We got wind of that (demonstrasi Ahad)..saya rasa laporan polis telah dibuat dan kertas siasatan telah dibuka..ia bergantung kepada pejabat Peguam Negara menentukan tindakan nanti,” katanya kepada pemberita di Bukit Aman hari ini.

Bagaimanapun Abdul Hamid tidak menjelaskan secara spesifik sama ada kedua-dua individu akan dipanggil untuk diambil keterangan atau tidak.

Sebaliknya, beliau hanya menjelaskan kesemua individu yang menyertai perhimpunan haram itu akan disenarai pendek oleh polis.

Beliau terdahulu menerima kunjungan hormat Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendy Buang ke PDRM Bukit Aman untuk membincangkan kerjasama dua hala dalam mengukuhkan kawalan keselamatan di sempadan negara serta ketenteraman awam.

Ditanya lagi mengenai pemilik akaun Twitter Fadiah Nadwa Fikiri@Fadiah Nadwa yang memuat naik status mempunyai unsur hasutan, Abdul Hamid menegaskan, peguam itu akan dipanggil esok untuk dirakam keterangan.

“Seperti protokol biasa akan tanya beberapa soalan dan lengkapkan kertas saisatan dan diserahkan kepada Peguam Negara untuk menentukan tindakannya,” katanya lagi.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed pula berkata, Fadiah dicaj dalam dua kertas siasatan iaitu satu dibawah Akta perhimpunan Aman 2012 dan satu lagi dibawah Unit Siasatan Jenayah Terkelas (Pendakwaan dan Undang-undang) D5 kerana menghasut orang turun kerana demokrasi mati.

“Dia akan dipanggil esok untuk dirakam keterangan dan ia telah dimaklumkan mengenainya.

“Laporan dibuat semalam dan JSJ KUala Lumpur akan siasat kes ini yang berdasarkan 1 laporan utama sahaja berkaitan seksyen 9 (5)a APA 2012.

“Saya tak tahu (kehadiran Marina, Ambiga)( dipanggil rakam keterangan atau tidak)..kami akan senaraikan pihak-pihak yang hadir berada di sana semalam dan Polis JSJ KL akan siasat,” tegasnya.

Dalam perkembangan lain, Huzir mengesahkan dua lagi individu ditahan kerana memuat naik status menghina Al-Sultan Abdullah di laman media sosial Facebook menjadikan jumlah tangkapan setakat ini menjadi tiga orang.

Katanya, kedua-dua lelaki berkenaan adalah Gavin Lee dan Haizad Azhar ditahan di Sandakan, Sabah dan Sungai Buloh, Selangor semalam.

“Polis akan mengambil tindakan mengelak perkara hina agong tidak berterusan dan kedua dua mereka akan direman dan keputusan sama ada akan dituduh atau tidak akan diputuskan oleh Jabatan Peguam Negara nanti.

“Kita tidak mahu ketenteraman awam terganggu dan akan tegas bertindak dalam hal berkenaan,” ujarnya.-MalaysiaGazette