KUALA LUMPUR – Datuk Zaid Ibrahim menasihati Pakatan Harapan (PH) supaya tidak duduk menangis mengenangkan kehilangan kerajaan Pusat yang berlaku baru baru ini.
Bekas Menteri Undang-undang itu berkata, tiada guna PH sedih memikirkan apa yang terjadi pada 29 Februari lalu.
Sebaliknya kata beliau, PH boleh melakukan perkara yang baik secara jujur kepada rakyat selepas ini.
Beliau berkata demikian dalam status twitter beliau yang berbunyi:”Instead of crying foul over the change of govt, PH can do better with some honest self reflection. Is no good being like Arsenal, can score goals but can’t defend“.
Sebelum itu, Zaid juga menegaskan bahawa umpama setinggi-tinggi Tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga, PH hanya boleh kembali pulih daripada kekecewaan mempertahankan kerajaan Pusat jika tidak lagi bergantung kepada tupai pandai melompat itu.
“Tidak kira sepandai mana tupai itu melompat, suatu hari nanti ia akan jatuh ke tanah juga.
“PH hanya boleh pulih dari kekecewaan mereka jika mereka tidak lagi bergantung kepada ‘tupai pandai’ itu.
“Mereka harus belajar percaya pada diri mereka sendiri,” katanya dalam status twitter tersebut. – MalaysiaGazette
ha…ha…tupai melompat..tak terfikir plak…pandai2
Skrg ni tupai pakai drone la….dron projek geng2 kincing..
Yang kalah janganlah menangis dipejabat sebaliknya pergilah ketembok ratapan, nangis puas2… kah…kah…kah…
Kalau tak ambik tupai tak merasa plak Gone Eng nak jd Menteri..kah kah
PH perlu keluarkan Tun, parasit yang akan melemahkan pakatan seperti manifesto bukan kita suci.
Betullah tuuu kata zaidDapig ni cakap…Tupai tu ph lah..tu yg jatuh tersembam ketanah skrg ni…
Bila rakyat bagi mandat, pemimpin ph dh lupa diri, ego, terutama pemimpin dap bersikap ph tu dap yg punya, tindak tanduk pula seolah olah penduduk malaysia hanya kaum india n cina saja… manifesto hanya tinggal janji, seringkali menyalahkan kerajaan yg lalu.. elok sangat la ph tumbang..
Pandai cakap org tupai. Ko tu apa kalau bukan barua DAP? Pakai nama Muslim tapi sendiri yang menghalang pelaksanaan hukum Islam.
Piiiraaah mabok…
PH……pi la meratap ditepi kolam…..kemudian menyanyi lagu ikan kaloi
PH……pi la meratap ditepi kolam…..kemudian menyanyi lagu ikan kaloi