Home Nasional UDA sahkan seorang ahli lembaga pengarahnya positif Covid-19

UDA sahkan seorang ahli lembaga pengarahnya positif Covid-19

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – UDA Holdings Berhad (UDA) mengesahkan bahawa salah seorang ahli lembaga pengarah telah disahkan positif coronavirus (Covid-19).

Individu terbabit telah menjalani ujian pengesanan dan dilaporkan positif baru-baru ini.

Individu berkenaan dimaklumkan dikuarantin di salah sebuah hospital kerajaan.

Berdasarkan perkara di atas, UDA dalam usaha mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengenal pasti individu yang berurusan secara dekat dengan individu terbabit.

UDA turut bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari semasa ke semasa berhubung perkara ini.

Dalam masa yang sama, pihak pengurusan UDA turut komited menjalankan tindakan sewajarnya bagi mengatasi penularan kes ini khususnya dalam kalangan warga kerja UDA.

“Usaha itu diambil demi mengutamakan kesihatan dan keselamatan semua kakitangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA: Pengerusi UDA positif Covid-19

Langkah pencegahan turut diperkemaskan di UDA termasuk di bahagian anak syarikat
seperti AnCasa Hotel Kuala Lumpur (AHKL) bagi mengatasi penularan wabak yang sama.

Pihak pengurusan UDA turut menegaskan bahawa tiada kes dilaporkan di hotel berkenaan
membabitkan in-house guest dan perniagaan berjalan seperti biasa.

Pihak AHKL juga telah mengambil langkah-langkah sewajarnya dengan menggunakan garis panduan (SOP) KKM untuk kerja-kerja sanitize seluruh kawasan hotel.

Pihak UDA dan AHKL juga akan terus mengamalkan langkah proaktif itu dari semasa ke semasa.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Pak Wan, Hatta terdedah Covid-19, berborak lama dengan Pengerusi UDA