Home Sukan Bekas bintang Liverpool digantung 4 bulan

Bekas bintang Liverpool digantung 4 bulan

Sturridge

LONDON – Bekas bintang Liverpool, Daniel Sturridge terkejut selepas digantung selama empat bulan daripada aksi bola sepak kerana melanggar peraturan mengatur perlawanan.

Sturridge kecewa dengan tindakan mengejut itu.

Pada asalnya pemain itu digantung enam minggu musim lalu sebelum Persatuan Bola Sepak England merayu penggantungan yang disyorkan oleh suruhanjaya bebas.

Malahan Lembaga Rayuan juga menggandakan denda kepada £150,000 terhadap pemain berusia 30 tahun itu.

Kontrak Sturridge bersama kelab Turki TRabzonspor dibatalkan menerusi perjanjian bersama awal Isnin lalu.

Dalam satu video dalam Instagram peribadinya, Sturridge keputusan mengecewakan itu telah menamatkan karier musim bola sepak peribadinya.

“Ia masalah yang berpanjangan lama dan menjejaskan fokus saya dalam bola sepak.

“Saya akan meneruskan kempen untuk pemain bola sepak profesional supaya membolehkan mereka dapat berkomunikasi dengan ahli keluarga dan rakan rapat masing-masing secara bebas tanpa risiko denda.

“Saya rasa syarikat mengatur perlawanan dan proses orang mengatur perlawanan ke atas pemain yang meninggalkan kelab telah dihentikan,” katanya.

Beliau merakamkan terima kasih kepada Trabzonspor namun menyatakan rasa tidak selesa dalam menerima gaji dari kelab itu kerana selepas ini tidak lagi berupaya menyumbang kelab itu. – MalaysiaGazette