KUALA LUMPUR- Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) melalui Divisyen Kewangan Pembangunan (DFD) menawarkan bantuan kewangan kepada pelanggan sedia ada dalam menangani jangkaan kelembapan perkembangan ekonomi akibat wabak Covid-19.
Antara bantuan yang ditawarkan termasuk penangguhan pembayaran bulanan, penjadualan dan penstrukturan semula pembiayaan serta pelanjutan tarikh matang untuk kemudahan berpusing.
“Penularan kes wabak Covid-19 sejak awal tahun ini telah memberi impak yang besar kepada ekonomi, terutamanya di kalangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan dan industri pelancongan, di mana wabak ini telah mengakibatkan penurunan kedatangan pelancong ke Malaysia pada Tahun Melawat Malaysia 2020.
“Dengan memperkenalkan langkah-langkah tersebut, harapan kami adalah untuk memberikan bantuan dan sokongan kewangan kepada syarikat-syarikat, terutamanya PKS di sektor yang terjejas teruk.
“Ini seperti perkilangan, perhotelan, perniagaan runcit, pengangkutan dan perkhidmatan di samping membantu melonjakkan semula ekonomi negara,” kata Ketua Divisyen Kewangan Pembangunannya, Azizi Mustafa.
Tambahnya, langkah bantuan MIDF ini adalah sejajar dengan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 yang telah diperkenalkan oleh kerajaan pada 27 Februari 2020 di mana semua bank telah disarankan untuk mengurangkan beban kewangan dalam bentuk penangguhan bayaran atau penjadualan semula bagi perniagaan yang terjejas.
Ini akan membolehkan syarikat-syarikat yang terjejas meguruskan aliran tunai dan kewangan syarikat dengan baik.
Pelanggan yang ingin megadakan perbincangan lanjut boleh menghubungi Pengurus Akaun mereka mengikut cawangan masing-masing atau boleh menghubungi Unit Penasihat Perniagaan MIDF di talian 1-300-88-6433 atau emel kepada [email protected].
Memandangkan penularan wabak Covid-19 yang kini menjadi semakin membimbangkan dan kesannya terhadap persekitaran ekonomi semasa,