Home Nasional Hari Keputeraan Rasmi YDPA disambut Isnin pertama Jun

Hari Keputeraan Rasmi YDPA disambut Isnin pertama Jun

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

KUALA LUMPUR – Ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi tahun ini dipinda kepada Isnin 8 Jun 2020 dan bukannya 6 Jun seperti sebelumnya.

Ketua Setiausaha Negara dalam satu kenyataan berkata, kerajaan juga bersetuju bermula 2021 dan sepanjang tempoh pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari keputeraan rasmi baginda adaah pada Isnin pertama bulan Jun setiap tahun.

Hari keputeraan rasmi diisytiharkan sebagai hari kelepasan am.- MalaysiaGazette

 

 

 

+ posts