Home Ekonomi Najmuddin berhijrah ke FGV

Najmuddin berhijrah ke FGV

Datuk Najmuddin Abdullah

KUALA LUMPUR- FGV Holdings Bhd. (FGV) mengumumkan pelantikan Datuk Najmuddin Abdullah sebagai Ketua Pegawai Komunikasi Strategik Kumpulan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Haris Fadzilah Hassan berkata, pengalaman luas yang dimiliki Najmuddin akan mengukuhkan lagi kedudukan syarikat pada masa hadapan.

Najmuddin sebelum ini merupakan Pengarah Komunikasi Strategik dan Hubungan Pemegang Taruh di MRT Corporation Sdn. Bhd.

Sebelum itu, beliau merupakan Naib Presiden Kanan dan Ketua Komunikas Strategik di Malaysia Airlines.

Pemilik Sarjana dalam bidang Ekonomi dari Universiti Toledo, Ohio, Amerika Syarikat itu pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kontena Nasional Global Logistik dan Naib Presiden Komunikasi Korporat Celcom Axiata Bhd.- MalaysiaGazette

 

+ posts