Home Krik Krik Warga asing, bayi maut bersalin kerana tak cukup duit ke hospital di...

Warga asing, bayi maut bersalin kerana tak cukup duit ke hospital di Puchong…

PUCHONG – Tiada perkataan yang mampu diungkapkan oleh aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang apabila terpaksa berhadapan dengan satu kes menyayat hati bila seorang ibu dan bayinya meninggal dunia sewaktu kelahiran kerana tidak mampu mendapatkan rawatan di hospital di Puchong Perdana, di sini semalam.

Kuan berkata, segalanya bermula apabila beliau dihubungi seseorang yang memaklumkan sepasang suami isteri warga Indonesia sedang berhadapan dengan ‘kecemasan’ di sebuah rumah di sana.

Menurut Kuan, beliau kemudian berkejar ke rumah tersebut sebelum mendapati seorang wanita dalam usia 30an telah meninggal dunia.

Lebih menyayat hati, kata Kuan, bayi perempuan yang dilahirkan turut sama meninggal dunia dan berada di hujung kaki ibunya itu.

“Saya diberitahu oleh si suami yang dia bimbang ke hospital kerana tidak mempunyai wang yang cukup untuk membawa isterinya ke sana. Lalu dia mengambil keputusan membenarkan isterinya bersalin di rumah sahaja.

“Namun malangnya si isteri kemudiannya mengalami komplikasi sewaktu melahirkan bayi tersebut.

“Si isteri akhirnya meninggal dunia, bayi tersebut juga meninggal dunia sebaik sahaja dilahirkan,” katanya sebak kepada Malaysia Gazette di sini hari ini.

Reaksi aktivis, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang.

Dalam pada itu Kuan menasihatkan warga asing, sama ada tiada wang atau permit, untuk segera ke hospital kerajaan apabila berhadapan dengan situasi sebegitu.

Katanya, ramai warga asing terutama yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, takut untuk ke hospital kerajaan apabila hendak melahirkan anak apatah lagi bila mereka menghadapi masalah kewangan.

“Kerajaan kita tidak kejam, bawa dulu isteri ke hospital untuk mendapatkan rawatan, bab lain seperti pasport dan wang jangan difikirkan dahulu, nyawa lebih penting daripada segala-galanya,” tegas Kuan.

Kuan menambah, pihaknya telah menghubungi pihak polis selepas mendapat tahu mengenai kejadian itu dan pihak polis telah membawa kedua-dua jenazah tersebut ke Hospital Serdang untuk menjalani bedah siasat. – Malaysia Gazette

 

2 Komen

  1. Lain kali masuk ke sesebuah ngra, masuj secara halal..dan jgn msuk secara haram…mlysia tidak kejam dan tidk jahat seperti sesetengah warga indo yg anti mlysia..tapi kita stay trima warga indo..so puak2 indo yg anti mlysia tu fikir2 lh ya…mlysia juga tempat ko dtg, walaupun ko anti mlysia…kita tidak sekejang puak2 indo..

  2. Orang macam ni yang layak jadi wakil masyarakat. Tempat mengadu semasa susah. Orang yang ada semasa susah.

Comments are closed.