Home Dunia Angka kematian akibat Covid-19 di China lepasi 3,000 orang

Angka kematian akibat Covid-19 di China lepasi 3,000 orang

Jumlah jangkitan Covid-19 di China menurun. foto Agensi

BEIJING – Sebanyak 31 lagi pesakit yang positif Covid-19 meninggal dunia di China, menjadikan kes kematian 3,012 orang di seluruh negara.

Kes koronavirus itu kali pertama dikesan di Wuhan, ibu negara Hubei pada akhir tahun lalu.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 2,305 kes kematian direkodkan di Wuhan.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China melaporkan sebanyak 139 kes baru semalam, meningkat berbanding 119 kes pada hari sebelumnya.

Dengan itu, jumlah kes jangkitan adalah sebanyak 80,409.

Daripada jumlah kes jangkitan baru itu hanya hanya lima di luar Hubei.

Tetapi China kini bimbang jangkitan kes dari luar memandangkan Covid-19 telah tersebar di 80 buah negara dan wilayah, dijangkiti lebih 10,000 orang dan membunuh 200 orang pesakit. – MalaysiaGazette