Home Politik Mukhriz bermati-matian pertahan Kedah

Mukhriz bermati-matian pertahan Kedah

Mukhriz Mahathir

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir bertekad untuk mempertahankan negeri Kedah.

Beliau yang merupakan Menteri Besar Kedah itu menyatakan, kerajaan negeri berkenaan masih tidak berubah kerana beliau tidak bersama pimpinan Bersatu di peringkat Pusat.

Katanya, dakwaan kerajaan negeri dikuasai DAP juga tidak boleh diterima kerana parti itu hanya mempunyai dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan seorang Ahli Majlis Kerajaan Negeri.

“Walaupun keadaan kita umpama telur di hujung tanduk, kita tetap mempertahankan Kedah bermati-matian dan kita tak akan serahkan kerajaan negeri kepada Pas.

“Kita tak ada masalah di Kedah, tak ada isu. Menteri Besar kita Melayu, Exco ramai Melayu dan kakitangan negeri juga hampir semuanya Melayu.

“Selepas Johor dan Perak, Bersatu tidak ada apa lagi. Jika tumbang Kedah, maka tumbanglah Bersatu pada peringkat nasional,” katanya dipetik BH Online ketika berucap pada Program Penerangan Bersatu Kedah di Seri Mentaloon malam tadi.

Mukhriz menjelaskan, walaupun Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini menjadi Perdana Menteri, hakikatnya Kerajaan Persekutuan dikuasai UMNO dan Pas.

Dalam perkembangan lain Mukhriz menegaskan, hingga saat ini, Tun Dr. Mahathir Mohammad masih memegang jawatan Pengerusi Bersatu selepas peletakan jawatannya ditolak Majlis Pimpinan Pusat. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Dia takut nak tinggalkan MB kedah sama juga dengan atok. tapi atok dah terlepas apa nak buat

  2. Jadi MB tp lbh byk masa di KL. Piiiraahh mabok. Takut kena ludah jer dgn org Kedah…

    Kita tunggu… Apa bakal terjadi…

  3. Kan ada cerita kartoon cat dog…apak kerjaan kedah cam tu…sedar lah boboy parti kau dah keluar dri ph…apa makna kau nasih besama ph..kut susah sangat kau je keluar dri besatu klu x jadi menteri besar pun kau dah byak harta x habis makan.x perlu lah nak jadi org kuasa gila gila yg menjadi kan gila.

Comments are closed.