Home Politik PH Johor akan mohon sidang DUN khas untuk bukti MB ada majoriti...

PH Johor akan mohon sidang DUN khas untuk bukti MB ada majoriti mudah

Aminolhuda Hassan

ISKANDAR PUTERI – Pakatan Harapan (PH) Johor akan memohon satu sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) khas diadakan bagi membuktikan Menteri Besar Johor yang baharu Datuk Ir Hasni Mohammad mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri.

Penyelaras PH negeri Aminolhuda Hassan berkata, pihaknya akan menyerahkan surat permohonan untuk memanggil sidang itu kepada Speaker DUN, Suhaizan Kaiat pada Ahad ini.

Katanya, keputusan itu dibuat bukan kerana PH Johor menentang keputusan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk melantik Hasni sebagai Menteri Besar.

“Sebaliknya kami berpendapat bahawa sebagai Menteri Besar, Hasni perlu ada tanggungjawab untuk mengadakan sidang DUN Khas supaya kita dapat memberikan kata putus terhadap kerajaan negeri yang sah,” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar di sini, hari ini.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor Dzulkefly Ahmad; Timbalan Pengerusi PKR negeri Jimmy Puah Wee Tse; ADUN Johor Jaya Liow Cai Tung; ADUN Senai Tee Boon Tsong dan ADUN Pekan Nanas Yeo Tung Siong.

Sementara itu, Puah berkata berdasarkan Peraturan Tetap Dewan Negeri Johor artikel 7 (1), Speaker DUN mempunyai kuasa untuk menetapkan tarikh dan masa sidang khas itu.

“Sidang khas ini adalah platform yang paling sesuai untuk semua pihak menyatakan sokongan masing-masing terhadap kerajaan negeri yang baru. Ini kerana ia (langkah memanggil sidang DUN Khas) adalah tindakan yang adil,” katanya.

— BERNAMA

 

2 Komen

  1. Apa yg kau bleh dpt klu di segera kan.kerjaan baru perlu tahu apa yg kerjaan lama tinggal lan dan byak hal yg perlu di beres kan oleh kerjaan baru.dah selesai semua bersidang lah.ingat lah kau tu dah jadi pembangkang x perlu nak kalut mcam kau org dpt kuasa dulu spai kunci dewan org ramai kat kampong pun rampas sedang kan dewan tu hak penduduk kg bemusyuarah….x perlu jad i gila bila hilang jawatan…jgn jdi layang2 putus tali melayang tak tentu arah akhir nya sangkut atas pokok tualang akhir nya mereput dek panas hujan.

Comments are closed.