Home Seni Hidup Produksi Indonesia Idol dikecam

Produksi Indonesia Idol dikecam

Tangisan Bunga Citra Lestari di Indonesia Idol Foto: Google

KUALA LUMPUR – Produksi program Indonesia Idol dikecam kerana didakwa sanggup mengambil kesempatan atas kesedihan penyanyi Bunga Cinta Lestari semata-mata untuk menaikkan rating.

Netizen berpendapat, pihak produksi sepatutnya lebih peka dan sensitif untuk menjaga hati Bunga Cinta Lestari atau BCL yang baru sahaja kehilangan suami tersayang.

Mereka mempersoalkan tindakan pihak produksi kerana tidak sepatutnya meminta penyanyi, Judika menyanyikan lagu sedih di hadapan BCL.

Meskipun wanita berusia 37 tahun itu nampak kuat untuk kembali bekerja namun sebenarnya hatinya masih bersedih kerana kehilangan Ashraf Sinclair.

BCL kembali menggalas tugasnya sebagai juri Indonesia Idol yang sebelum ini diambil alih sementara oleh Rossa selepas dua minggu pemergian allahyarham Ashraf.

Pelakon kelahiran Malaysia yang mencipta nama di Indonesia meninggal dunia akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia.

Ashraf, 40, dan BCL memiliki seorang anak lelaki yang berusia 9 tahun. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Air mata Wanita Terkuat tumpah