Home Nasional SPRM siasat daripada mana punca aset ratusan juta Ku Nan

SPRM siasat daripada mana punca aset ratusan juta Ku Nan

Saksi, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berjalan keluar dari mahkamah selepas hadir pada perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 05 MAC 2020.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memulakan siasatan berhubung pemilikan harta bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mencecah RM800 juta.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya telah mengeluarkan arahan agar pendedahan yang disifatkannya sebagai amat serius itu disiasat.

“Pihak SPRM mendapati keadaan ini amat  serius saya telah beri arahan untuk siasatan dimulakan,” katanya kepada pemberita selepas memberi keterangan kepada Mahkamah Tinggi berhubung pendedahan rakaman suara perbualan telefon yang didakwa membabitkan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak di sini hari ini.

Tambah Latheefa, perkara yang mustahak adalah mengetahui bagaimana bekas menteri tersebut memiliki harta ratusan juta itu.

“Isunya sekarang adalah tentang bagaimana dia (Ku Nan) dapat harta itu,” katanya lagi.

Semalam Tengku Adnan mengesahkan kepada Mahkamah Tinggi jumlah hartanya pada tahun 2001 lalu mencecah lebih RM800 juta.

Ketika prosiding bela diri bagi kes rasuah di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan, Tengku Adnan berkata, nilai hartanya pada tahun berkenaan adalah sebanyak RM938,643,566.16 manakala 2006 (RM711,325,822), 2013 (RM691,770,649) dan 2016 (RM782,748,061).

Semalam, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim  mempertikaikan pendedahan tersebut dan mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan penjelasan daripada pemimpin UMNO itu.

Dalam pada itu, Latheefa enggan menjawab soalan yang diajukan terhadapnya mengenai khabar angin peletakan jawatannya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Beliau hanya berkata kehadirannya di mahkamah hari ini sebagai saksi.

“No komen, saya ke sini sebagai saksi,” ringkasnya. MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Anwar mahu penjelasan dari mana datang kekayaan Ku Nan

4 Komen

  1. Hendak juga tahu berapa asset Anwar Ibrahim semasa dilantik menteri kewangan pada zaman PM4.

  2. Ko tak pyh nk tjuk bijak lh koya..ko ltak jwatan je..ko tak lyk jadi kp sprm. Puak2 ko dah jatuh..sial letak jawatan mcn pguam ngra tu ya…ko dah tak lyk jadi kp sprm…ko mnusia tak ada intergritj lngsung..

  3. Cepat sgt klu puak2 umno nk siasat dia..klu puak2 ph, buat2 bodoh je dia ni..mmg ko mnusia tak blh pakai lh…

Comments are closed.