Home Akhbar Cina Sekurang-kurang satu menteri, dua timbalan untuk MCA

Sekurang-kurang satu menteri, dua timbalan untuk MCA

Datuk Seri Wee Ka Siong dan Datuk Wee Jeck Seng dijangka mengisi jawata di Kabinet.

KUALA LUMPUR – MCA dijangka memperolehi sekurang-kurangnya satu jawatan menteri dan dua timbalan menteri dalam Kabinet baharu yang bakal dibentuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kedua-dua “Wee” dalam parti itu iaitu Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Wee Jack Seng dipercayai bakal menerima pelantikan, walaupun status Jack Seng sebagai menteri atau timbalan menteri belum dapat dipastikan.

MCA mungkin mengisi jawatan menteri untuk beberapa “kementerian pilihan” iaitu Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, serta Kementerian Industri Utama.

Untuk jawatan timbalan menteri pula, parti itu mungkin mengisi kekosongan dalam Kementerian Pendidikan.

“Perdana Menteri masih melengkapkan senarai Kabinet pada masa ini,” kata sumber kepada China Press.

Selain itu, Timbalan Setiausaha Agung MCA, Senator Datuk Seri Ti Lian Ker dan Ketua Pemuda MCA, Nicole Wong dijangka menjadi timbalan menteri berstatus Senator.

Sementara itu, satu-satunya Ahli Parlimen MIC, Datuk Seri M. Saravanan juga dikhabarkan bakal memasuki Kabinet, sama ada sebagai Menteri Sumber Manusia atau Menteri Kesihatan.

Sinchew Daily pula melaporkan, Muhyiddin mungkin mengumumkan senarai menteri yang pertama pada minggu depan, dengan jawatan Timbalan Perdana Menteri mungkin “dikosongkan”.

Kata sumber, kalau jawatan itu diisi, calon Bersatu yang ada ialah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Terdapat beberapa calon UMNO termasuk Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein,” katanya yang percaya pencalonan Ahmad Zahid mungkin tidak tercapai selepas Muhyiddin berjanji mahu melantik menteri yang bersih, berintegriti dan berkaliber.

Katanya, walaupun Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan satu pilihan, tetapi nama tersebut mungkin ditolak Gabungan Parti Sarawak (GPS). – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Dua2 Wee blh jd Menteri. Disukai oleh semua kaum. Mungkin sorang Menteri Pengangkutan & Menteri Kesihatan

  2. Aik… Dalam parlimen mca cuma ada 2 kerusi je… Macam mana boleh ada 3 menteri pulak… Ni kes rasuah pm ke camane ni

  3. MCA leaders are moderate Chinese who can get along with the other races living in Malaysia. They speak better Malay than Chinese from other political parties. This is not true with leaders in DAP. They are a bunch quarrelsome guys hated by many Malaysians. All Malaysian regardless of their race and religion should learn to live together as one nation. Malaysia is our Motherland. We have defend it from all negative forces that try to destroy our unity. May God save and bless Malaysia.

Comments are closed.