Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang memilih untuk menyokong Pakatan Harapan (PH) Selangor dianggap tidak memahami keadaan sebenar apa yang berlaku dalam semasa krisis politik baru-baru ini.
Naib Presiden Bersatu Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari percaya bukan sahaja empat ADUN itu bahkan sebahagian besar ahli parti juga tidak mendapat gambaran yang jelas terhadap apa yang telah berlaku melibatkan PH seterusnya mengakibatkan mereka meninggalkan gabungan itu.
Justeru itu, beliau terbuka untuk mengadakan pertemuan dengan kesemua empat ADUN itu untuk memberi penjelasan sebelum kesemua mereka membuat keputusan sama ada kekal dengan keputusan atau meninggalkan Bersatu.
“Saya percaya sebahagian besar ahli termasuk empat ADUN itu tidak faham keadaan dan saya bersedia berjumpa sekiranya selepas penerangan mereka terus dengan hasrat membantu PH atau keluar parti, itu terpulang mereka kerana itu hak mereka,” katanya ketika sidang media tergempar di pejabatnya hari ini.
bukan tak faham tapi. duit gaji dan elaun tu yang difikirkan. 50,000 sebulan ….