Home Utama AG perlu rujuk semula kes Adib, LTTE dan terowong Pulau Pinang

AG perlu rujuk semula kes Adib, LTTE dan terowong Pulau Pinang

Shahir Adnan

KUALA LUMPUR – Peguam Negara yang baharu Tan Sri Idrus Harun digesa supaya merujuk kembali kes-kes yang telah ditutup dan masih tidak selesai demi keadilan dan kesejahteraan rakyat.

Sebagai contoh, keadilan terhadap kematian anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Balai Subang Jaya, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang harus ditegakkan setelah hampir dua tahun insiden yang meragut nyawanya terjadi, kata Ketua Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM), Shahir Adnan.

Beliau berkata, kes-kes berprofil tinggi yang ditutup sebelum ini seperti kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), Terowong Pulau Pinang harus diteliti semula demi keadilan rakyat Malaysia tanpa mengira politik kepartian.

“Dewan Pemuda Ikatan Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tan Sri Idrus Harun di atas perlantikan sebagai Peguam Negara Malaysia yang baru.

“DPIM meletakkan sepenuhnya harapan baru kepada Tan Sri Idrus Harun untuk menjalankan tugas sebagai Peguam Negara dengan beramanah, berintegriti dan adil untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada institusi badan perundangan di negara kita,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan semalam memaklumkan, pelantikan Idrus sebagai Peguam Negara yang baharu selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah.

Pelantikan itu adalah susulan perkenan Yang di-Pertuan Agong terhadap permohonan Tan Sri Tommy Thomas yang memendekkan perkhidmatan beliau pada 28 Februari lalu. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Terbaik jika sesiapa antara nitizen yg tahu salah laku atau jenayah pernah dilakukan Ketua Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM), Shahir Adnan perlu buat report polis or sprm…. Ini amat adil utk lihat respon atas syor idea beliau yg seperti bodoh melampau, orang spt ini jgn diambil sebagai penasihat apalagi menantu, mampus diarahnya. Agak agaklah idea tuuuu..

  2. Kes mahkamah rasuah banglo murah LGE yang dihentikan secara tiba2 TANPA SEBAB perlu juga dibuka semula!

    Sama2 menjungjung keluhurun undang2!

  3. LGE = Khir Toyo = lepas (Clear case beli rumah bawah harga pasaran… Sapa yg baik hati nak kasi jual murah murah… Tonggek bontot pun oarang tak kasi)
    LTTE = ISIS = lepas (dua dua dikategorikan penganas… LTTE nie menurut AG dah jinak kut)
    TBH diminta keadilan, arwah Adib diminta lupakan (mati jatuh dengan dibunuh adalah sama menurut AG kut) AG bertanggungjawab menasihati kerajaan akan hala tuju kes Adib, umtuk keadilanlah bukan untuk ditutup.

    Mana Rule of Lawnya waktu si AG dulu (yg kononnya berintegriti) menutupnya atau buat buat lupa. Walaupun AG ada kuasa melepaskan, tutup siasatan untuk high profile… Tapi kan terbaik biar mahkamah yang buktikan. Barulah bekas AG boleh katakan ada Rule of Law. Bukannya Rule of Kepala bapak dia. Dimana AG dulu letak Rule of Law… Kat bontot agaknya.

Comments are closed.