Home Utama Ku Li jadi menteri kanan hanya khabar angin

Ku Li jadi menteri kanan hanya khabar angin

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah

KUALA LUMPUR – Nama Tengku Razaleigh Hamzah yang disebut-sebut turut tersenarai dalam Kabinet Perikatan Nasional hanya khabar angin.

Menurut sumber terdekat dengan Ahli Parlimen Gua Musang itu, pihaknya tidak menerima sebarang tawaran atau surat rasmi dari pejabat Perdana Menteri.

“Menang ada dengar kononnya nama Tengku Razaleigh dilantikan salah satu jawatan menteri kanan, tapi itu hanya ura-ura sahaja,” katanya ketika dihubungi Malaysia Gazette hari ini.

Beliau yang enggan namanya didedahkan berkata, Tengku Razaleigh atau lebih mesra dengan panggilan Ku Li tidak terlibat dalam perbincangan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membentuk Kabinet.

Sebaliknya, beliau menyerahkan sepenuhnya pada kebijaksanaan pucuk pimpinan UMNO untuk memilih dan menyenaraikan nama pemimpin yang layak serta berintegriti dalam pembentukan kerajaan baharu. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Ku Li menteri kanan Kabinet Muhyiddin?

1 Komen

Comments are closed.