KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih dikenali Ku Li disebut-sebut bakal menjadi menteri kanan dalam Kabinet Perikatan Nasional.
Sebuah page Facebook Friends Of Najib Razak mendakwa, pelantikan itu diterima daripada sumber boleh dipercayai.
“Sememangnya perlantikan Ku Li menepati aspirasi sebuah kerajaan yang sangat didambakan rakyat selama ini setelah hancur dimamah rejim PH (Pakatan Harapan).
“Sebagai seorang figura yang diketahui neutral, berintegriti tinggi, tanpa skandal dan beriintelektual tinggi seperti Ku Li mampu meredam segala kekusutan dan keributan yang melanda,” tulis adminnya.
Pemilihan Ku Li dianggap tindakan bijak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Kepakarannya, ideanya, pengalamannya sememangnya suatu yang bakal mengembalikan negara ini ke landasan yang betul semula,” katanya lagi.- BERNAMA
Harapnya Ku Li atau Tan Sri Khalid Ibrahim akan dilantik sbg Menteri Kewangan. Jauh beza 2 orang ni dari Gone Eng sbg akauntan yang gagal.
pm. kalau nak tutup kesalahan curi kuasa pintu belakang mesti lupakan budi dan pakatan selama ini. pilih orang yang ada kelayakan sahaja. jangan pilih kerana budi dan kerana pakat bolih jadi pm. lupakan mereka. azmin atau hj hadi. sekarang kamu bebaskan diri dari komplot jahat selama ini. bersihkan diri mu. orang baik yang kamu pilih akan bela kamu nanti. tinggalkan orang jahat yang kamu berpakat. nanti kamu akan dikasihi rakyat. pesan ikhlas dari ku. rakyat merempat.