KUALA LUMPUR – Bank Simpanan Nasional (BSN) hari ini mengumumkan pemenang Cabutan Istimewa BSN SSP Januari 2020 yang juga merupakan jutawan pertama bagi cabutan BSN SSP pada tahun 2020.
Cabutan itu diadakan di Wisma BSN di sinindan jutawan pertama BSN SSP membawa pulang simpanan tunai dalam bentuk BSN SSP bernilai RM1 juta.
Ketua Eksekutif BSN, Datuk Yunos Abd Ghani berkata, pihaknya terus melaksanakan peranan yang dimandatkan oleh kerajaan dalam menggalakkan tabiat menabung terutamanya dalam golongan muda.
Menurutnya, BSN juga terus memperkasakan amalan menyimpan ini melalui pelbagai inisiatif serta produk dengan ciri-ciri simpanan yang menguntungkan seperti BSN SSP.
“Bagi tahun 2020, BSN memperkenalkan hadiah-hadiah baharu sebagai penghargaan khas untuk para penyimpan. Justeru, saya ingin menyeru kepada orang ramai supaya mula menyimpan di BSN SSP kerana manalah tahu, simpanan anda hari ini dapat membantu anda menjadi salah seorang pemenang cabutan BSN SSP 2020,” tambah beliau lagi.
Cabutan Istimewa BSN SSP masih lagi dikekalkan di mana hadiah utama sebanyak RM1 juta akan diberikan kepada seorang pemenang sepanjang bulan Januari hingga November 2020.
Pada bulan Disember 2020 pula, jumlah Cabutan Istimewa BSN SSP digandakan kepada RM2 juta dan untuk menyertainya, penyimpan perlu mempunyai simpanan minimum RM3,000.
Bagi cabutan bulanan pula, seorang pemenang berpeluang memenangi sebuah kereta BMW X1 sDrive20i Sport sepanjang bulan Januari hingga Disember ini dan penyimpan hanya perlu mempunyai simpanan minimum RM10 untuk menyertainya.
Pada bulan Disember 2020 pula, dua buah kereta BMW X4 menjadi rebutan bagi Cabutan Super SSP dan untuk menyertainya, penyimpan perlu mempunyai simpanan minimum RM3,000 serta tempoh simpanan minimum selama enam bulan.
Pada majlis sama, BSN turut meraikan pemenang-pemenang BSN SSP bulan Januari 2020. Senarai para pemenang adalah seperti berikut:
Cabutan Istimewa BSN SSP (BSN SSP RM1 juta)
Nor Ashri Abdullah dari Sarawak
Cabutan Bulanan BSN SSP (BMW X1 sDrive20i Sport)
Shukri Osman dari Kedah/Perlis
Cabutan Khas Generasi Z BSN SSP (Hadiah Utama Bulanan – BSN SSP RM10, 000)
Gee Sze Ying dari Johor
Nurnabihah Mazelan dari Perak
Muhammad Hairil Ezwan Mohd Aris dari Negeri Sembilan
Cabutan Khas Generasi Z BSN SSP (Hadiah Sagu Hati)
(Hadiah Pertama – Macbook Pro 128GB)
Leong Khim Moon dari Negeri Sembilan
Priyadarshini A/P Velaidam dari Pulau Pinang
Thenmoli A/P Nagarajan dari Perak
(Hadiah Kedua – Iphone 11 Pro 64GB)
Haysia Dollie Siva A/P Sivapragas dari Perak
Ainin Sofiya Shahrin dari Selangor
Amirul Hisyam Hamzah dari Sarawak
Pelanggan sedia ada dan pelanggan baharu boleh membuat simpanan BSN SSP menerusi kaunter cawangan BSN, mesin pengeluaran wang automatik (ATM), mesin deposit tunai (CDM) dan perbankan Internet di myBSN. Selain itu, pelanggan juga boleh menggunakan saluran Ejen Bank (EB BSN) untuk membuat simpanan.
Senarai para pemenang boleh disemak di laman web BSN www.mybsn.com.my atau laman Facebook BSN @ BSNMalaysia. Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai BSN SSP, sila layari www.mybsn.com.my.- MalaysiaGazette