Home Politik Anthony cadang Hadi bawa usul percaya terhadap Muhyiddin

Anthony cadang Hadi bawa usul percaya terhadap Muhyiddin

Secretary-General of DAP, Anthony Loke Siew Fook
Secretary-General of DAP, Anthony Loke Siew Fook

KLANG – Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke mencadangkan agar Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8 di Dewan Rakyat, Mei ini.

Saranan kepada presiden Pas itu dibuat selepas Hadi menyifatkan cadangan Pakatan Harapan (PH) untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin sebagai Perdana Menteri memberi gambaran PH tidak percaya kepada keputusan Yang di-Pertuan Agong.

“Hadi kata usul undi tidak percaya kepada Muhyiddin bermakna tidak percaya Agong.

“Baik saya cadang Hadi boleh buat usul undi percaya kepada Muhyiddin, kita bahas dan kita undi di Parlimen,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berceramah dalam siri Jelajah Pakatan Harapan di Sri Andalas di sini, malam ini.

Katanya, dengan cara itu ia dapat mengukur kali kedua jumlah wakil rakyat menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri selepas Yang di-Pertuan Agong bersetuju melantiknya kerana mendapat jumlah sokongan majoriti wakil rakyat sebelum ini.

“Paling penting rakyat kena bertenang sebarang tindakan kita mesti berpandukan prlembagaan,” ujarnya.

Semalam, Hadi berkata, keputusan PH bercadang membuat usul undi tidak percaya berhubung pelantikan Muhyiddin sebagai perdana menteri memberi gambaran pakatan itu tidak percaya kepada keputusan Yang di-Pertuan Agong.

Ujarnya, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah membuat keputusan berkenaan selepas memanggil semua ahli Parlimen daripada setiap parti untuk mendengar pendapat dan pandangan mereka. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.