LANGKAWI – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menamakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon yang paling sesuai untuk diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri bagi Kabinet baharu yang akan ditubuhkan gabungan Perikatan Nasional.
Menurut beliau, berkemungkinan besar Kabinet baharu yang dijangkakan diumum pada Selasa akan dipelopori oleh majoriti Ahli Parlimen UMNO termasuk yang baru menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Tindakan terbabit, jelas Dr Mahathir, mampu memberi ruang kepada pemimpin terbabit untuk membuktikan bahawa beliau tidak bersalah atas setiap pertuduhan yang kini dibicarakan di mahkamah.
“UMNO ada 50 lebih (termasuk yang sertai Bersatu) jadi tak tau macam mana yang kecil ini (Bersatu) nak kuasai yang besar, biasanya yang besarlah kuasai yang kecil,” ujar Dr Mahathir seperti yang dilaporkan Astro Awani.
Dr Mahathir berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Mesyuarat Bersatu Cawangan Kedawang, Langkawi pada Ahad.
Pada Sabtu, Zahid yang juga Presiden UMNO, telah mengemukakan cadangan kepada Perdana Menteri supaya beliau tidak dilantik menganggotai Kabinet.
Perkara itu dimaklumkan beliau di hadapan keseluruhan anggota dan kepimpinan UMNO Bahagian Bagan Datuk.
Sementara itu, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin menjangkakan Kabinet Perikatan Nasional akan diumum pada Selasa ini.
Keputusan terbabit sekali gus akan menjadi jawapan kepada pelbagai teka teki berhubung jawatan menteri menteri Kabinet khususnya individu yang akan mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri. – MalaysiaGazette
Betul lah tu..dalam Pakatan pun Bersatu kecil je..yg besar DAP…patutlah Mahathir takut sangat dgn Gone Eng..
Dulu masa pemilihan presiden UMNO madey kata KJ layak jadi Presiden… Akibatnya KJ jadi gila nak berkuasa… Ni madey kata HH layak jadi TPM dgn harapan HH akan lawan Muyidin 🙂 Madey madey bila la ko nak tobat…
btl tu tuan,permainan atok
TUN PERNAH KATA DIA SOKONG TSMY KALAU MAJORITI PILIH DIA JADI PM, AGAKNYA TSMY PUN MACAM KJ JUGA YE
HH LAYAK SEBAGAI TPM KERANA DIA ROLE MODEL UMAT ISLAM YANG MEMBERI FATWA MENYELAMATKAN NEGARA LEBIH UTAMA W/P MELALUI PINTU BELAKANG SERTA MENGAJAR RAKYAT BERBOHONG ITU DIHARUSKAN