KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO menempelak Mohamad Sabu dengan mempersoalkan mengapa Pakatan Harapan tidak boleh tunggu tempoh lima tahun untuk Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Soal Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki, mengapa Pakatan Harapan berterusan memaksa Dr Mahathir meletak jawatan itu hingga menyebabkan bekas Perdana Menteri itu merajuk dan melepaskan jawatan sehingga terbubarnya kerajaan.
”… kenapa tak boleh tunggu 5 tahun sehingga berterusan memaksa Tun Mahathir serahkan jawatan PM pada Anwar? Akhirnya kalian juga punca Tun merajuk, letak jawatan hingga terbubar Kerajaan PH!,” katanya dalam hantaran di
Facebook.
Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kota Raja di Ceramah Jelajah Pakatan Harapan yang mendakwa meskipun beliau tewas namun beliau tidak kisah dengan semua itu.
Ini kerana, beliau sudah beberapa kali kalah dalam pilihan raya.
”BN baru hilang kerajaan 2018, akan datang laluan kamu nak menang sudah ada, kamu menang banyak PRK kenapa tak boleh tunggu, kami boleh tunggu 60 tahun kenapa kamu tidak boleh tunggu 5 tahun,” tegasnya.
Tidak cukup dengan itu, Asyraf juga bertanya adakah Mohamad rindu hendak menjadi Menteri Pertahanan.
Namun, kata Asyraf, yang kasihan adalah rakyat kerana ‘gajah dengan gajah bergaduh, rumput akan menjadi mangsa’. – MalaysiaGazette
Apa buat kat hotel Sharaton?
Rindu hendak menjadi Menteri Pertahanan?
Kah..kah..kah… dah diberi peluang tapi tak perform, tiada deliverable, yileeekkkk, tak de kualiti seorang menteri!
HARI INI KITA KETAWAKAN ORANG TETAPI BESOK BILA KITA DIKETAWAKAN PULA KITA JANGAN MARAH YE…
ALLAH MAHA KAYA, SESUATU YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA, HANYA ALLAH MENGETAHUI PERKARA GHAIB
HARI INI APABILA KITA DISESATKAN LEBIH BAIK KEMBALI KE PANGKAL JALAN MELAINKAN KITA DAH BERADA DI JALAN LURUS DAN BUKANLAH JALAN SESAT
Lantik Anwar dengan alasan Tun M tidak datang mesyuarat untuk serah nama pada YDPA, bila dah tidak menang, pandai pula cari Tun sampai ke rumah. Hebat Tun sampai kerumah orang cari.