Dahulu lompat-melompat adalah perbuatan jijik, dan dahulu sayalah dituduh katak kerana melompat parti, kata Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali.
Sekarang katanya, beribu-ribu pemimpin melompat keluar parti sehingga kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang baharu dibentuk turut digelar ‘kerajaan katak’ kerana berlaku lompat-melompat.
“Saya dengar ramai mengatakan kerajaan sekarang tidak bermoral. Ini kerajaan lompat dan ‘katak-katak’ ini pula kepalanya buruk, kepalanya bernanah. Masa saya dulu, saya seorang sahaja lompat.
“Sebab itu, jangan mengata orang lebih, mengata dulang paku serpih, sekarang ini kena atas muka dia orang masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Putra Bahagian Setiawangsa dan Titiwangsa di Dewan Orang Ramai Kampung Paya, Kampung Bharu hari ini.
ini bukan lompat sebarang lompat. lompat katak cari makan. sebab dap ada dalam kerajaan. nanti malaysia pun akan lompat juga sebab dap ada dalam negara.
Masih tak paham paham. Nak buat pilihanraya bukan belanja katak. Terlalu besar belanjanya tok katak. Lagipun kita belum masuk separuh penggal. Kalau dua tahun sekali election, budget nak lawan corona virus pun takdak tok katak. Sebab tu SP YDPA bijak… Selesaikan kemelut menurut perlembagaan…Tuanku cuma bayar mcd n kfc je.