KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji sikap anggota Reformis Malaysia yang tidak lari daripada perjuangan ketika negara dilanda krisis politik.
Bagaimanapun Anwar melahirkan rasa kecewa apabila terdapat segelintir pemimpin yang mudah lupa perjuangan apabila diberikan jawatan dan kuasa.
“Ada jawatan, ada yang tak ada jawatan menteri pun, ada elaun…tak ada pun, tetapi setia dengan perjuangan, saya tabik saudara semua.
“Yang jadi menteri, gaji tinggi, paling cepat lompat, sebab itu kita kena kembali kepada asal,” katanya ketika berucap pada Majlis Pimpinan Tertinggi Reformis Malaysia di kediamannya di Bukit Segambut, hari ini.
Dalam pada itu, Anwar melahirkan rasa kesal kerana sikap segelintir pemimpin PKR lupa perjuangan asal apabila diuji dengan jawatan dan kuasa.
“Bila kita mula pegang sedikit kuasa, ramai kita terpukau dengan kilauan kuasa.
“Jadi akhirnya berjuang kerana jawatan menteri, dia bukan berjuang untuk tegakkan idealisme perjuangan,” katanya.
Anwar juga menyifatkan pemimpin yang mengkhianati mandat rakyat hanya kerana jawatan dan kuasa sebagai rampasan kuasa.
“Apa janji mereka kepada rakyat, yang janji dapat menteri ini, jadi menteri itu, ini kerja rompakan kuasa
“Tapi kita tahu itu semua, kita tahu bukan baru, bertahun sudah parti ini berkecamuk sedikit banyak kerana usaha-usaha demikian.
“Ramai yang kurang yakin pada masa itu, sekarang terbukti,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Tak usahlah dengki dengan orang dalam semua perkara?
Adakah anda sudah berpuas hati dengan jawaban Tengku Adnan yang telah menjualkan syarikat telekomunikasinya yang kini dianggarkan bernilai berbillion2 ringgit?