KUALA LUMPUR – Saksi ke-14 kes berprofil tinggi SRC International Sdn Bhd, Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini berkali-kali menyatakan beliau tidak pernah melakukan cubaan melindungi Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.
Apandi yang merupakan bekas Peguam Negara berkata demikian ketika menjadi saksi pembelaan hari ke-89 di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali sebentar tadi.
Ketika soal balas oleh peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, kata Apandi, dirinya tidak pernah melindungi Najib malah tidak pernah meminta sesiapun ‘cover up’ bekas Perdana Menteri.
“Tidak pernah saya lindungi Najib. Tidak pernah.
“Saya juga tidak pernah mengarahkan sesiapa menutup sebarang aktiviti jenayah kononnya dilakukan oleh Najib,” katanya tadi.
Malah Apandi juga percaya Ahli Parlimen Pekan itu sebenarnya tidak mengetahui tentang tentang RM42 juta yang dipindah masuk ke dalam akuan peribadi beliau.
“Mengikut kefahamaan saya, saya percaya beliau (Najib) tidak tahu tentang wang yang masuk ke dalam akaun peribadinya. Itu juga mengapa saya tidak mendakwanya,” dakwanya.
Shafee bertanya tentang satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Apandi pada 26 Januari 2016 bagi membersihkan nama Najib dalam skandal penyewelengan RM2.6 bilion atau AS$700 juta.
“Saya puas hati wang itu datangnya keluarga Diraja Arab Saudi, keputusan itu dibuat melalui fakta serta dokumen yang telah dipersembahkan kepada saya.
“Saya langsung tidak temui apa-apa yang menunjukkan Perdana Menteri ketika itu (Najib) melakukan apa-apa kesalahan penyewelengan dan rasuah.
“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia juga membuat akuan bahawa tiada sebarang bukti rasuah dilakukan oleh Najib, ini juga mengapa saya bersihkan nama beliau selepas berpuas hati dengan fakta serta dokumen,” ujarnya.
Apandi selesai memberikan keterangan hari ini dan telah dilepaskan manakala pembelaan memberikan bayangan bekas ketua pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad akan memberikan keterangan di mahkamah esok. –MalaysiaGazette
Dia kan seorang politician….
Inssaallah…kebanyakan fitnah yg diterima..pencuri..pembhong..perompak..klu buat semua org tk tau….ini byk yg tau..