TERKINI : 36 Tahun Berkhidmat Jabatan Perkhidmatan Veterinar – Dr Quaza

36 tahun berkhidmat, akhirnya Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam menamatkan tugasnya sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar.

Dalam majlis Clock Out sempena penamatan perkhidnatan beliau hari ini, Dr Quaza berkata pelbagai cabaran yang dihadapinya selama berkhidmat namun komitmen semua kakitangan banyak membantunya memudahkan tugas.

“Lebih 35 tahun bertugas ramai kenalan banyak yang telah kita sumbangkan. “Semua telah membantu saya untuk jabatan mencapat target,” katanya ketika menyampaikan ucapan di Dewan Serbaguna Wisma Tani sebentar tadi.