Home Politik Tiga ADUN Perak isytihar keluar parti, sokong Perikatan Nasional

Tiga ADUN Perak isytihar keluar parti, sokong Perikatan Nasional

A. Sivasubramaniam (kanan) mengumumkan menyertai parti Gerakan, manakala dua lagi bekas ADUN PH, Choo Kiong (tengah) dan Hasnul Zulkarnain masih dalam blok Bebas.

KUALA LUMPUR – Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak dari Pakatan Harapan hari ini mengisytiharkan keluar dari parti masing-masing.

Mereka ialah ADUN Tronoh (DAP), Yong Choo Kiong; ADUN Titi Serong (Amanah), Hasnul Zulkarnain Abd Munaim; dan ADUN Buntong (DAP), A. Sivasubramaniam.

Ketiga-tiga ADUN itu kini menjadi ADUN bebas tetap pada masa yang sama menyokong  Perikatan Nasional.

Pengumuman keluar parti itu dibuat sejurus selepas sidang media khas oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang menyatakan bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), UMNO dan PAS negeri Perak bersetuju untuk membentuk sebuah gabungan baru.

Awani melaporkan ADUN Tronoh, Choo Kiong memberitahu, keputusannya itu bagi memastikan hak rakyat di kawasan masing-masing tidak terpinggir di bawah pembangkang.

“Saya nampak dengan terbentuknya Perikatan Nasional ini adalah tidak begitu sempurna dengan tidak ada kehadiran wakil rakyat dari kaum India dan Cina.

“Maka atas permainan politik kerajaan Pakatan Harapan (PH) sudah jatuh dan hak rakyat akan dipinggirkan, akhirnya rakyat di negeri Perak yang pilih PH sudah menjadi mangsa.

“Atas sebab itu kita buat keputusan untuk keluar parti dan kita akan sokong Menteri Besar supaya hak rakyat di kawasan masing-masing dan Perak amnya dapat dipelihara,” katanya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. hmmmmmm….tak senonoh [teronoh], serong [titi serong], buntu [buntung]
    semua tak boleh pakai….

Comments are closed.