KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesan 28 kesalahan selepas menjalankan pemantauan ke atas 6,447 premis perniagaan berhubung penjualan topeng muka.
Hasil pemeriksaan dan pemantauan ke semua premis, nilai kompaun yang telah dikeluarkan oleh kementerian itu adalah RM87,400.
Menurut grafik yang disiarkan oleh KPDNHEP di Twitter, menerusi rekod terkini sehingga 8 Mac, sebanyak 184 aduan yang diterima berkenaan harga topeng muka ekoran penularan Covid-19.
Kementerian itu sebelum ini berkata, mana-mana penjual yang topeng muka melebihi harga yang diwartakan melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.-MalaysiaGazette