PUTRAJAYA – Zuraida Kamaruddin hari ini dilihat gembira meninggalkan perkarangan Istana Melawati, hari ini.
Zuraida yang meninggikan perkarangan Istana dengan menaiki kenderaan rasmi KPKT berkata, beliau bersyukur kerana dapat mengepalai kementerian yang pernah diterajui sebelum ini.
“Alhamdulillah saya sudah selesai angkat sumpah.
“Saya bersyukur dapat kembali ke KPKT dan ia memudahkan saya untuk teruskan gerak kerja dan turun padang,” katanya kepada media.
Zuraida antara menteri yang dikekalkan bersama-sama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. – MalaysiaGazette