TERKINI : Hari Pertama Bertugas “Ikrar Buka Pasaran Baru Minyak Sawit” – Khairuddin Aman

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang memulakan hari pertama di kementerian itu berikrar akan memastikan pihaknya membuka pasaran baru dalam bidang itu.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata langkah itu bagi memastikan agar negara tidak terus bergantung kepada pasaran sedia ada sahaja.

“Kita akan cuba lihat pasaran-pasaran baru bukan hanya bergantung kepada pasaran sedia ada sekarang iaitu minyak sawit melibatkan empat negara utama iaitu India, China, Eropah dan Amerika Syarikat.

“Kita akan buka pasaran baru mudah-mudahan ia akan membantu hampir sejuta rakyat Malaysia yang terlibat dalam bidang minyak sawit khususnya,” katanya dalam sidang media selepas melapor diri dan menghadiri taklimat kementerian itu, hari ini.

1 Komen

  1. dulu guan eng cakap ekonomi felda pulih bulan enam. sekarang kerajaan baru yang lebih cekap tak kan nak tunggu bulan 6 juga kot. bulan empat ni boleh mula lah. dah lama peneroka felda menderita. merempat. kerajaan kafir tak peduli pun. harap kerajaan melayu islam pula lah. tanpa dap tak ada lah penipu.

Comments are closed.