Home Dunia Covid-19: Indonesia rekod kematian pertama

Covid-19: Indonesia rekod kematian pertama

Dewa Made Indra

JAKARTA – seorang wanita warga Briitain berumur 53 tahun yang dimasukkan ke horpital di Bali telah meninggal dunia kerana koronavirus, kata para pegawai.

Ia merupakan kematian pertama direkodkan akibat virus tersebut, lapor Reuters.

Wanita tersebut tiba di pulau itu pada 29 Februari lalu dan beliau melaporkan diri kepada pihak berkuasa kesihatan tiga hari kemudian selepas mengalami demam, kata Ketua Pasukan Petugas Covid-19, Dewa Made Indra kepada Metro TV

Pegawai Kementerian Kesihatan Indonesia, Achmad Yurianto berkata, selain itu wanita tersebut mengidap kencing manis dan hipertensi.

Mayat wanita tersebut telah dibakar atas permintaan keluarganya. – Agensi