KUALA LUMPUR – DAP memecat tiga Ahli Dewan Undangan Negerinya (ADUN), dua di Perak dan satu di Melaka.
Pengerusi Jawatankuasa Disiplin parti, Chong Chieng Jen berkata mereka ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong dan ADUN Buntong, A. Sivasubramaniam dari Perak, serta ADUN Pengkalan Batu, Melaka, Datuk Norhizam Hassan Baktee.
Yong dan Sivasubramaniam mengumumkan keluar parti manakala Norhizam menyokong Perikatan Nasional.
Pada 2 Mac lepas, Norhizam yang juga timbalan pengerusi DAP Melaka menyatakan sokongan kepada kerajaan negeri baharu di bawah Perikatan Nasional.
Yong dan Sivasubramaniam kelmarin mengisytiharkan mereka kini wakil rakyat bebas dan memberi sokongan kepada Perikatan Nasional.
— BERNAMA