Home Nasional Revolusi Industri 4.0 jadi cabaran KJ

Revolusi Industri 4.0 jadi cabaran KJ

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin memuatnaik gambarnya memasuk pejabat baharunya di Putrajaya.-FB

KUALA LUMPUR – Cabaran Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) menjadi cabaran kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Menteri baharunya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, Malaysia hanya mampu bersaing dengan negara maju yang lain sekiranya penerapan sains di negara ini disusuli juga dengan penghasilan teknologi baharu tempatan.

“IR4.0 adalah cabaran yang berliku namun peluang yang hadir bersamanya juga adalah lumayan. Langkah yang diambil perlulah tepat agar ianya mampu menjadi batu loncatan dalam memastikan Malaysia kalis kepada cabaran besar ini.

“Persoalannya, apakah aspirasi kita semua terhadap bidang sains, teknologi dan inovasi ini?” soal Ahli Parlimen Rembau itu dalam status media sosialnya.

Beliau turut memuatnaik gambarnya memasuk pejabat baharunya di Putrajaya.- MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.