Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa tidak bermaksud mahu Perdana Menteri membubarkan Parlimen selepas Jemaah Menteri Kabinet Perikatan Nasional (PN) mengangkat sumpah semalam.
Sebaliknya apa yang dimaksudkan Annuar dalam Twitter miliknya hari ini mempersoalkan pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang mendesak agar Parlimen dibubarkan, sedangkan mereka menentangnya sebelum ini.
“Saya kata kita harap dapat perbetulkan segala apa yang ditinggalkan Kerajaan PH. “Masalah besar negara termasuk Covid-19 dan sebagainya kena selesaikan, kemudian mesti kembali kepada rakyat kemudian bolehlah kita nak bubar Parlimen.