Bagi memulihkan semula keyakinan pelabur asing dan rakyat, kerajaan akan mengumumkan hala tuju pentadbiran serta langkah yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi bagi memberi manfaat segera kepada golongan sasar.
Menggelarkannya sebagai Tawaran Baharu Kepada Rakyat, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyedari kerajaan pimpinannya adalah berbeza berbanding kerajaan-kerajaan terdahulu kerana tidak dibentuk menerusi pilihan raya umum.