TERKINI : Muhyiddin ‘TERBUKA’ Mohon Maaf kepada Tun Mahathir

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya mengiktiraf kerajaan yang baharu ditubuhkan kerana ia sah dan mengikut Perlembagaan.

Jelas Perdana Menteri Kelapan itu, beliau telah mengutus sepucuk surat kepada negarawan tersebut dengan tujuan untuk memohon maaf dan meminta pertemuan diadakan.

Bagaimanapun, surat tersebut dijawab dengan penolakan oleh Mahathir, kata Muhyiddin. “Tun sudah pun memberi jawapan “masanya belum tiba”. Saya bersedia untuk bertemu Tun pada bila-bila masa sahaja demi kepentingan negara ini.