TERKINI : Tidak Sukar Untuk Saya Memahami Selok-belok Kementerian Saya – Annuar Musa

Tan Sri Annuar Musa memerlukan sedikit masa untuk mengenali Kementerian Wilayah Persekutuan sebelum memberi maklum balas berhubung sebarang tawaran mengenai pembangunan semula Kampung Baru.

Sebagai pemimpin politik tidak sukar untuk beliau memahami selok-belok kementerian baharunya itu, lebih-lebih lagi yang melibatkan kepentingan rakyat.

“Beri saya peluang untuk kenal jabatan dan ketua jabatan, lepas itu baru saya boleh beri komen.

“Saya tak ambil masa panjang, tidak sukar untuk saya hadam isu-isu Kementerian Wilayah Persekutuan.