Home Ekonomi 10 plaza tol LPT2 terima bayaran RFID

10 plaza tol LPT2 terima bayaran RFID

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kesemua 10 plaza tol di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) akan mula menerima sistem pembayaran tol melalui RFID bermula 1 April.

10 plaza tol di LPT2 adalah seperti berikut:-
1. Cheneh
2. Cukai
3. Kijal
4. Kerteh
5. Paka
6. Dungun
7. Bukit Besi
8. Ajil
9. Telemung
10. Kuala Terengganu

Selain daripada LPT2, sebanyak 83 plaza tol sistem tertutup di Lebuh raya PLUS juga akan mula melaksanakan transaksi tol menggunakan teknologi RFID mulai tarikh tersebut.

Terdapat juga lorong khas RFID di lorong masuk dan keluar di plaza tol terbabit bagi mengurangkan kekeliruan dengan penggunaan lorong SmartTAG.

Sehubungan itu, sebanyak 17 pusat pemasangan Tag RFID akan dibuka di kawasan rehat dan rawat (R&R) terpilih bagi membolehkan pelanggan lebuh raya membuat pemasangan pada kenderaan masing-masing bermula 13 Mac 2020. -MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.