Home Utama Ahli MT UMNO tidak selesa pemilihan Azmin, portfolio menteri

Ahli MT UMNO tidak selesa pemilihan Azmin, portfolio menteri

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman bercakap kepada media pada Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 12 MAC 2020.

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berpendapat parti itu tidak selesa dengan keputusan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan Datuk Seri Mohammed Azmin Ali sebagai menteri paling kanan dalam Kabinetnya.

Menurut beliau, pemilihan Azmin yang disifatkan sebagai orang nombor dua negara itu dilihat sebagai satu isyarat tidak bagus kepada UMNO.

“UMNO tidak berapa selesa melihat perkara itu. Bagi saya itu sebagai penerusan agenda Bersatu dan mungkin lebih daripada itu.

“Kita sebagai parti politik yang mempunyai kepentingan politik tersendiri kita tidak mahu keterbelakang dan akan menjadi sebuah parti yang kecil,” katanya selepas selesai menghadiri mesyuarat MT UMNO di Menara Dato’ Onn, hari ini.

Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak berkata demikian menjawab soalan media mengenai pemilihan Azmin yang boleh mempengerusikan mesyuarat Kabinet jika Perdana Menteri tiada dalam negara.

Dalam pada itu, Tajuddin turut mempersoalkan kedudukan UMNO yang dilihat hanya diberikan portfolio tidak penting dalam Kabinet pimpinan Muhyiddin.

Katanya, langkah itu seolah-olah tidak seimbang dari segi portfolio yang diberikan kepada UMNO.

“Kita tengok jawatan yang diberikan kepada UMNO pun jawatan yang tidak boleh membantu rakyat. Kementerian Pertanian, Kementerian Pembangunan Liar Bandar Bersatu pegang. Macam Kementerian Pertahanan jaga keselamatan dan apa yang boleh kita bantu rakyat di kampung-kampung yang melibatkan petani dan nelayan.

“Saya ingatkan bahawa perlu kita lihat dan tidak boleh hanya menerima apa yang telah diberikan kepada kita. Saya beri pandangan dan pandangan saya antaranya adalah pengurusan parti kena diperkukuhkan kerana banyak sudah isu jadi persoalan pihak atasan yang dikira tidak membawa kepentingan parti kepada pihak yang kita berunding antara Bersatu dan juga sekutunya dalam proses pembentukan kerajaan,” katanya.

Bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu turut berkata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak berkata apa-apa tentang persoalan yang ditimbulkan oleh beliau dan hanya berdiam diri.

“Presiden hanya diam dan saya ingat dia mungkin ambil maklum apa yang saya cakapkan,” katanya lagi. -MalaysiaGazette

7 Komen

  1. Sabar dato… Habiskan penggal dulu tanpa DAP…. Tu yg penting… Kalau tak habis aset bumiputra kena sakai dgn diorg….
    Pru15 nanti bertanding lah balik cara sihat tanpa fitnah memfitnah mcm kerajaan 22bulan tu dulu….

  2. Bersyukur la..sekurang kurangnye ado jawatan dan menjadi menteri kerajaan..ni blom apa2 nak itu la ini..xdo jawatan bising dapat jawatan pun bising..untuk rakyat konon..klu untuk rakyat tak kisah la menteri dari parti mana sekali pun asalkan amanah dan jujur melaksanakan tugas yg dipikul.

  3. Kah kah kah

    Baru kau orang terasa TERTIPU dan dipergunakan..

    Gajah yg besar tapi kurang akal terjebak dengan kepintaran kancil binatang yang kecil. Itulah hakikatnya…..

    Kah kah kah…..

  4. BUBAR PARLIMEN SAJA YG BAGOS..UMNO JADI PICISAN N TUMPANGAN UNTUK PPBM BERKUASA SAJA..MAHATHIR YG CATUR,BUKAN MUHYIDDIN..APA YG BERLAKU YIDIN N MADEY HANYA SINETRON UNTUK MASYRAKAT SAJA.
    APA KATA BUKA SIDANG PARLIMEN,MN BENTANG USUL UNDI TIDAK PERCAYA.

  5. HAHAHA TAJUDDIN & THE GANG KENA TIPU DEK MENTERI KABINET DAPUR PINTU BELAKANG
    KALAU NAK JAWATAN MASUKLAH PINTU DEPAN

  6. Sudah sudah le yop oi. Kalau tak puas hati bior le President Parti yang bersuara. Kan DS Zahid dah janji serah pada TSMY pasal kabinet. Mike bincang kabinet dapor udah le.

  7. Tipah tertipu…. Ahhh
    Tipah tertipu….. Ehhh
    Tipah tertipu….. Ohhh

    Selagi bapak2 Tipah yg terlibat dlm kes mahkamah tak dirihatkan keahliannya…… maka berterusan lah TIPAH TERTIPU nya

Comments are closed.